PERKAHWINAN BAHAGIA MILIK KITA SEMUA

website ini adalah laman di mana dikhaskan untuk memnyalurkan maklumat dan panduan tentang cara membina perkahwinan yang bahagia. diharap diriku dan pembaca dapat mengambil manfaat dari laman ini

Monday, December 25, 2006

TIP PALING PENTING..


Salam sejahtera. Diharap anda sentiasa hidup dalam keadaan bahagia selalu. Disini, saya ingin berkongsi dengan anda tip yang sangat berguna dan berkesan untuk mewujudkan alam perkahwinan yang bahagia. Tip yang saya ingin dedahkan ialah CIUMAN KASIH SAYANG. Ya, dengan memberikan ciuman yang penuh kasih sayang terhadap pasangan anda. Ciuman merupakan satu perilaku yang sangat-sangat disukai oleh isteri mahupun suami. Ini kerana ia mampu memberitahu secara tersirat bahawa anda sememangnya sangat-sangat menyayangi isteri anda (antara cara mudah jika anda tidak mampu melafazkan dengan kata-kata selalu). Ia juga perlu dilakukan oleh isteri supaya suami anda dapat memahami yang anda pun sangat-sangat menyayanginya.

Cuba anda mewajibkan diri anda memberikan ciuman kepada pasangan anda paling kurang sehari sekali. Saya pasti pasangan anda semakin menyayangi anda dan sentiasa menunggu anda pulang ke rumah untuk bermesra dengan anda. :)

Itulah tip penting saya untuk anda praktikkan..walaupun ia mungkin sudah diketahui oleh ramai orang tetapi saya yakin tidak ramai yang mempraktikkannya ;). Jadi, lakukanlah dengan segera dan jadikan ia sebagai rutin harian untuk pasangan anda :)

Thursday, December 21, 2006

TIPS BAHAGIA SEPANJANG MASA



Sori…saya jarang post kat blog perkahwinan bahagia ni. Tapi saya dah tetapkan dimana saya akan tulis artikel 5 hari sekali secara berterusan dalam blog perkahwinan bahagia ini. So, di harap anda dapat bersabar ek ;)..

Kali ni saya nak kongsikan dengan anda sedikit sahaja tips tapi sangat bagus jika anda praktikannya. Tips cara menjalinkan perasaan bahagia setiap hari dan setiap masa dalam alam rumahtangga.

a)sebelum anda keluar dari rumah untuk bekerja, makanlah sarapan yang disediakan oleh isteri anda. ciumlah dia apabila anda ingin melangkah keluar. Ini kerana isteri sangat menyukai suami berbuat begitu kerana merasakan anda terlalu menyayangi dirinya.

Sebelum anda pulang ke rumah dari tempat kerja pula, jamahlah sedikit makanan sebagai alas perut(kuih muih), agar perut anda tidak kosong.

c) apabila tiba dirumah, kucup dahi atau pipi isteri anda. selepas membersihkan diri, makanlah bersama isteri dan anak-anak anda. jadi, keluarga anda berada dalam keadaan yang harmoni dan bahagia sekarang. Jadi mulakanlah sekarang :)

Saturday, December 16, 2006

Apakah erti perkahwinan yang sebenarnya?

Pertamanya, kita perlu tahu apakah dia sebenarnya perkahwinan itu. Perkahwinan adalah satu perhubungan intim diantara dua individu(lelaki dan perempuan) yang bergelar suami dan isteri. Ia bukan setakat hanya untuk menikmati kepuasan seksual, tetapi merangkumi melakukan aktiviti harian secara bersama serta berkongsi minat, kegemaran dan kepentingan. Pasangan ini juga saling bekerjasama dalam setiap urusan keluarga ke arah hidup yang lebih sejahtera dan bermakna. Dalam islam, perkahwinan merupakan satu ikatan yang cukup indah ke arah membina sebuah institusi keluarga yang menuju matlamat mencapai rahmat dan redha allah.

Perkahwinan memberi ruang kepada pasangan untuk merasai kemesraan dan kehangatan kasih sayang, disamping saling memenuhi keperluan peribadi masing-masing secara bersama. Pasangan yang berkahwin juga dapat merasakan satu suasana komunikasi yang lebih bebas serta jelas tentang semua perkara. Perbezaan di antara mereka saling dihormati dan sentiasa wujud rundingan atau perbincangan dalam segala hal dan masalah.

Di harap kita semua dapat memahami erti perkahwinan yang sebenar selepas membaca penulisan ini. jumpa di lain post.

Coretan pertama blog perkahwinan bahagia

Setiap insan inginkan kehidupan yang bahagia bersama insan yang tersayang. Saya juga tidak terkecuali. Untuk mewujudkan suasana yang bahagia dalam alam perkahwinan yang telah atau akan dilalui, kita perlu ada sikap bertolak ansur dan cuba memahami antara satu sama lain. Kita juga perlu mengetahui seberapa banyak ilmu tentang bagaimana untuk mewujudkan kebahagiaan rumahtangga yang berkekalan sehingga ke akhir hayat. Jadi, disebabkan kesedaran ini, Saya telah mewujudkan blog ini sebagai rujukan dan ingatan buat saya bagi mewujudkan suasana bahagia di alam perkahwinan. Setiap ilmu yang berkaitan dengan kebahagian rumahtangga akan saya postkan di sini supaya mudah untuk saya membaca ketika saya memerlukannya. Saya juga berharap anda semua juga mendapat manfaat dari maklumat di dalam blog perkahwinan bahagia ini. Jadi, sama-sama lah kita berusaha mewujudkan suasana bahagia di alam perkahwinan yang telah dan akan kita lalui dan kekal sehingga ke akhir hayat.